Kontroversi kopi luwak



KOPI luwak diambil daripada biji kopi yang telah dicernakan musang melalui sistem perkumuhan.

KOPI tahi musang atau lebih dikenali sebagai kopi luwak sangat terkenal di kalangan penggemar kopi di Indonesia serta di peringkat antarabangsa.

Biarpun kopi tersebut ditinjauankan melalui proses dengan fermentasi secara semula jadi dalam sistem pencernaan musang, ia tetap berjaya menarik minat manusia untuk menikmatinya disebabkan cita rasanya yang unik dan enak.
Tidak dinafikan, harganya yang mahal juga turut menjadi penarik di kalangan para penggemar kopi.
Di Amerika Syarikat, kopi luwak dikenal sebagai kopi kotoran kucing atau cat-poo coffee dan dijual dengan harga AS$190 (RM596) untuk 500 gram. Kopi tersebut juga didakwa jarang ditemui kerana setiap tahun, hanya 250 kilogram sahaja ditinjauankan.
Di pasaran antarabangsa, harganya berkisar antara AS$100 (RM314) sehingga AS$350 (RM1,099) sekilogram.
Ramai yang meragui sama ada kopi luwak itu halal untuk diminum. Kopi Luwak difatwa halal oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI) dengan syarat biji kopi berkenaan telah dibersihkan dari kotoran.
"Kopi luwak dihukumkan mutanajis, ertinya terkena najis. Kopi luwak dinyatakan halal setelah melalui proses pembersihan. Meminum kopi luwak dihalalkan, kemudian mengeluar, menjual beli, meminum kopi luwak, hukumnya boleh," kata Ketua Suruhanjaya Fatwa MUI, Maruf Amin.
Proses kopi luwak terjadi apabila biji kopi yang masih berkulit, ditelan kemudian sisanya yang berupa biji kopi dengan kulit dalam kopi, keluar bersama kotorannya. Sebelum diolah, biji kopi yang telah keluar tadi dipisahkan dari kotoran musang secara manual.
Sementara itu, setiausaha Suruhanjaya Fatwa MUI Aminuddin Yakub pula memberitahu, MUI telah melakukan kajian dan mendapati haiwan musang hanya makan kulit luar buah kopi dan menyisakan kulit dalam buah tersebut.
"Kalau ditanam, biji kopi itu boleh tumbuh. Disebabkan itu kopi luwak bukan najis, tetapi mutanajis," katanya.
Meskipun begitu, Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid, secara peribadi berpendapat kopi luwak adalah haram untuk diminum biarpun telah melalui proses pembersihan.
"Biji kopi yang dimakan musang tadi sudah masuk ke dalam perutnya dan telah bercampur dengan enzim yang terdapat dalam badan binatang tersebut lalu dicernakan melalui sistem pembuangan najis.
"Akibat percampuran biji kopi dan najis musang tersebut ia adalah haram untuk diminum. Sebabnya, kulit biji kopi tersebut adalah nipis dan ia berkemungkinan telah dimasuki atau bercampur dengan najis musang," jelas beliau.

Starbucks Hong Kong Gunakan Air Toilet untuk Buat Kopi

 30 Mei 2013
  Okezone
Foto : Ledeng khusus Starbucks (Kotaku)  
Foto : Ledeng khusus Starbucks (Kotaku)
HONG KONG - Para pelanggan Starbucks Coffee di Hong Kong dikhabarkan kecewa kerana mereka menggunakan "air di toilet" untuk menyeduh kopinya. Terdapat pula ledeng khusus di kamar mandi lelaki yang digunakan Starbucks untuk mengambil air.

Seperti dilansir Apple Daily, Khamis (30/5/2013), seorang pegawai restoran menolak sebuah troli besi ke toilet lelaki yang ada di dekat tempat parkir.

Pegawai restoran itupun mengisi trolinya dengan air dari ledeng yang bertulisan "hanya untuk Starbucks." Pengisian air itu terjadi setiap hari, mereka tidak mengisi air dari wastafel kerana saluran air di wastafel itu macet.

Ledeng yang bertulisan "hanya untuk Starbucks" berada tidak jauh didekat tempat kencing. Oleh kerana itulah warga Hong Kong beserta Departemen Pangan dan Kebersihan Lingkungan mengeluhkan hal ini.

Mereka mengatakan bahawa salah satu Starbucks di Hong Kong tidak menggunakan air yang sesuai dengan standard kebersihan. Sejak laporan ini muncul, Pemerintah Hong Kong langsung memberi peringatan ke seluruh kedai kopi yang ada di kota besar itu.

Menanggapi hal itu, salah seorang akademisi dari Universiti Hong Kong mengatakan, air yang digunakan untuk menyeduh kopi harus disaring terlebih dulu agar tidak tercampur dengan bakteria. Para petugas restoran juga patut menggunakan alat pembersih kuman guna mewaspadai hal itu.

"Bila pegawai restoran itu sering masuk ke toilet, resiko masuknya patogen ke makanan dan minuman itu semakin tinggi," ujar akademisi Universitas Hong Kong Ben Crowling.

Starbucks Hong Kong pun menyampaikan permintaan maafnya melalui jejaring sosial Facebook. Mereka menegaskan kembali, air yang mereka gunakan di outlet-outlet Hong Kong merupakan air yang bersih. Mereka juga menggunakan air distilasi untuk menyediakan minumannya. (A