Kanak Kanak Mangsa Dera Ibu Kandung Akhirnya Meninggal Dunia


IPOH – Kanak-kanak perempuan yang menjadi mangsa dera ibu kandungnya sendiri akhirnya meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini petang ini.

Dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak 16 Ogos lalu.

Ibunya, Choong Mee Chin, 30, sebelum ini telah didakwa mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana menganiayai anaknya dengan cara memukul kepala dan seluruh badannya dengan menggunakan sebatang rotan di ruang tamu rumah No 19 Laluan Kledang Utara 7, Taman Wang, Menglembu, di sini, pada kira-kira jam 9 pagi, pada hari berkenaan.


Bagi tuduhan kedua pula, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan cedera parah ke atas anaknya itu di tempat dan masa yang sama.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu dan meminta dirinya dibicarakan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dihantar untuk pemeriksaan psikiatri selama sebulan di Hospital Bahagia Hulu Kinta.


Kes itu ditetapkan untuk sebutan semula pada 20 September depan.

Ibu Eira Syazira Meninggal Dunia Pagi Tadi

Pagi ini tanggal 27 Mei 2013 menjadi satu titik hitam bagi pelakon cantik jelita Eira Syazira yang baru sahaja kehilangan ibu pagi tadi.
Ibu Eira Syazira Meninggal Dunia Pagi Tadi | Ibu Eira, Che Ruhani Che Hassan telah menghembuskan nafas terakhir pagi tadi pada jam 7.20pagi dan berita itu disampaikan sendiri oleh Eira melalui laman sosial Twitter miliknya berbunyi;

Eira Syazira ‏@EiraSyaziraS
Salam. Bonda ku yg tercinta Allahyarhamah Che Ruhani Che Hassan telah pun kembali ke rahmatullah pd jam 7.20pg td. Al Fatihah..
Melalui akaun sosial Keek miliknya juga, terdapat ucapan daripada suaminya iaitu Azad Jasmin yang mengesahkan berita kematian itu. Namun, kami masih belum dapat mengenalpasti punca-punca kematian arwah.
Di kesempatan ini, kami dari seluruh warga kerja Oh!Artis mengucapkan salam Takziah kepada Eira Syazira dan keluarga diatas pemergian ibunda tersayang.
Semoga roh Allahyarhamah Che Ruhani Che Hassan dicucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan hamba-hambaNya yang beriman. Sama-samalah kita sedekahkan Al-fatihah.