Alasan Jangan Pernah Membunuh Ular Hitam

Alasan Jangan Pernah Membunuh Ular Hitam - Ular adalah salah satu hewan paling dibenci oleh manusia karena sifat ular yang terkadang menyerang manusia secara tiba-tiba dan membuat manusia terluka, sehingga ular dianggap sebagai penggangu oleh manusia. Oleh karena itu banyak manusia yang membunuh ular ketika mereka menemukan ular, alasannya supaya tidak diganggu oleh ular. Sebenarnya jika kita tidak menggangu ular, ular tidak akan menyerang kita. Maka kita harus waspada namanya juga binatang tidak punya akal budi. Semua ular kalau bisa jangan dibunuh apalagi ular hitam. Mengapa ular hitam tidak boleh dibunuh. Apakah berkaitan dengan ahal-hal mistis. Ini dia Alasan Jangan Pernah Membunuh Ular Hitam

ular hitam ini memakan ular-ular beracun yang bisa membahayakan manusia..Nah jika Ente tidak mau dijadikan alat latihan ular derik, maka biarkan ular hitam ini yang menangani si ular derik. Ular ini tahan terhadap bisa berbagai jenis ular berbahaya. Jadi perlawanan mati-matian si ular derik, akan berakhir dengan kematiannya.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Gara gara mahu mencuri pelajar tersepit tangan

myMetro
ANGGOTA bomba terpaksa menggunakan pelbagai peralatan untuk melepaskan tangan remaja itu.
ANGGOTA bomba terpaksa menggunakan pelbagai peralatan untuk melepaskan tangan remaja itu.
REMAJA yang tersepit tangannya dalam mesin layan diri ketika cuba mencuri air botol.
REMAJA yang tersepit tangannya dalam mesin layan diri ketika cuba mencuri air botol.
CALIFORNIA: Seorang remaja berusia 17 tahun tersepit tangannya di mesin layan diri ketika cuba mencuri air botol.
Pelajar Sekolah Tinggi Sweetwater dari National City, California terpaksa menunggu kira-kira sejam dengan tangannya di dalam mesin layan diri Coca Cola kerana dia cuba mencuri air botol melalui lubang penerima tanpa membayar.
Anggota bomba menggunakan kapak, tuil besi, gergaji dan pelbagai alat hidraulik untuk membebaskan tangan remaja itu.

Pihak berkuasa tidak mendedahkan identiti pelajar sekolah tinggi itu.

Remaja itu yang membawa bersamanya papan luncur, membuat keputusan untuk menyeluk tangannya ke dalam lubang penerima, tempat di mana botol akan jatuh untuk diambil oleh pembeli selepas membayar harganya.

Namun begitu, tangannya tersepit di dalam.

Dia cuba beberapa kali untuk menarik tangannya keluar dari situ.

Seorang penduduk terlihat remaja itu dan terus menelefon polis.

Anggota bomba, polis, paramedik dan keselamatan segera ke tempat kejadian.

Apabila kru kecemasan tidak menemui kunci yang dapat membuka pintu mesin itu, mereka membuat keputusan untuk menggunakan peralatan berasingan untuk melepaskan remaja itu.

Anggota bomba pada mulanya menggunakan kapak untuk memotong bahagian tepi mesin itu.

Mereka kemudian menggunakan tuil besi dengan harapan dapat membantu melepaskan remaja itu.

Tetapi, kedua-dua cara yang digunakan tidak bertinjauan dan anggota bomba menyelimuti remaja itu dengan selimut dan mula menggunakan alat hidraulik.

Anggota bomba juga menggunakan gergaji elektrik dan akhirnya berjaya membebaskan remaja itu.

Pelajar sekolah tinggi itu dirawat kerana cedera ringan dan rasa kebas. - Daily Mail

Novel Laskar Pelangi Pemenang Pertama di New York Book Festival 2013

Andrea Hirata
Andrea Hirata, Sang Novelis yang merevolusi di tana air I foto kompas.com
Andrea Hirata Seman Said Harun, itulah nama asli dari sosok penulis buku Laskar Pelangi yang the best seller di tanah air, sang novelis  sastra Indonesia yang kelahiran dari Pulau Belitung, provinsi Bangka Belitung, Indonesia.

Sang novelis sastra fiksi baru saja mendapat penghargaan paling bergengsi di negeri Paman Sam (Amerika Serikat) sebagai pemenang pertama atas karya sastra untuk kategori general fiction pada festival buku New York Book Festival 2013.

Dilansir dari kompas.com, Novel Laskar Pelangi karya Andrea Hirata yang dalam edisi Amerika Serikat berjudul The Rainbow Troops itu menjadi pemenang pertama untuk kategori general fiction pada festival buku yang sangat bergengsi, yaitu New York Book Festival 2013.

Karya Andrea itu, antara lain, mengungguli penulis AS Samuel Finlay dengan karya berjudul Breakfast with The Dirt Cult di tempat kedua, serta 20 penulis yang mendapat penghargaan dalam kategori general fiction ini.

Andrea sendiri kini berada di Italia untuk menghadiri peluncuran novel Laskar Pelangi edisi Italia yang berjudul La Scuola Ai Confini Del Mondo yang diterbitkan Rizzoli. ”Alhamdulillah bulan ini Laskar Pelangi edisi Italia, Jerman, Portugal, dan Jepang telah terbit dan tersedia di toko-toko buku negara tersebut,” ujar Andrea, yang juga diundang menghadiri Frankfurt Book Fair 2013.

Menurut rencana, bulan depan Laskar Pelangi edisi Perancis dan Bulgaria akan diterbitkan oleh penerbit Mercure de France dan penerbit Hermes.

”Mimpi lamaku agar novelku dapat diterbitkan oleh penerbit-penerbit ternama kelas dunia, seperti Hanser Berlin, Rizzoli, dan Mercure de France, akhirnya tercapai. Rasanya senang melihat novelku dipajang di toko-toko buku di Eropa. Kuharap penulis-penulis muda Indonesia terinspirasi dan tertantang untuk meraih pembaca di seluruh dunia,” kata Andrea. Amazing.

Kenderaan SUV Terjatuh Dari Jambatan


Kenderaan SUV Terjatuh Dari Jambatan
Kenderaan SUV Terjatuh Dari Jambatan - LAGOS, Nigeria : Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipandu oleh seorang lelaki terbabas dari Jambatan Third Mainland di sini terjunam ke dalam sebuah lagun pagi kelmarin.
Bagaimanapun, pihak berkuasa mengesahkan pemandu tersebut terselamat dan hanya mengalami kecederaan.
Mangsa dikeluarkan dari lagun itu oleh seorang nelayan yang tiba di tempat kejadian sejurus kemalangan berlaku. Dia kemudian dibawa ke sebuah hospital di Ikeja.
Menurut laporan pihak berkuasa, punca kemalangan disebabkan SUV tersebut memandu melebihi had laju. – Agensi

13 Cara Mudah Kosongkan Fikiran Berserabut

Salam semua,



Kehidupan seharian yang sibuk dan permintaan demi permintaan yang menyesakkan dari tempat kerja dan rumah sudah pasti membuatkan kita hilang arah. Fikiran yang berserabut boleh mengurangkan fokus kepada perkara-perkara utama yang perlu diselesaikan.

Akhirnya, kerja tak selesai dan fikiran makin berserabut.Untuk menjadi seorang yang produktif, kita perlu mempunyai pandangan yang jelas dalam membezakan perkara yang penting dengan perkara yang kurang penting. Kita harus mempunyai fikiran yang tenang untuk tujuan ini. Ambillah langkah-langkah dibawah ini untuk menenangkan fikiran anda.

1.Tarik Nafas
Ingat lagi bagaimana anda bersenam di waktu pagi semasa bersekolah dulu? Ingat lagi bagaimana kita memulakan senaman dengan menarik nafas dengan kaedah yang betul? Gunakan teknik ini untuk mula mengosongkan fikiran anda.

2. Ambil Wudhuk
Jika anda seorang yang beragama Islam, mengambil wudhuk boleh menenangkan fikiran. Kembali kepada fitrah manusia dapat memantapkan lagi rohani kita dan air yang bersih boleh mengembalikan kita kepada fitrah kejadian. Air yang segar dapat memberi tenaga dan fokus yang diperlukan dan wajah akan pasti kembali ceria.

3. Tulis
Ada banyak perkara yang bermain di dalam fikiran anda. Anda perlu mengenalpasti apa sebenarnya yang anda fikirkan untuk membolehkan minda mengurus perkara-perkara ini. Cara yang paling mudah adalah dengan menulis satu-persatu apa yang anda sedang fikirkan. Jangan cuba untuk mengenalpasti kategori perkara-perkara ini dahulu, teruskan sahaja menulis.
4. Kenalpasti Yang Utama
Setelah anda rasa puas dengan apa yang anda tulis, anda kini perlu kenalpasti yang mana yang paling utama. Tandakan dengan nombor atau gunakan “rating system” yang baik untuk membantu anda dalam proses ini. Lebih baik lagi jika anda klasifikasikan perkara-perkara ini berpandukan matlamat hidup anda dan apa yang paling penting dalam hidup anda; keluarga? kerjaya? cinta?

5. Buang Yang Tidak Penting
Pangkah atau padamkan perkara-perkara yang remeh dan tidak relevan. Perkara-perkara remeh yang anda fikirkan boleh jadi perkara seperti “Apa yang kekasih lama aku sedang lakukan?” atau “Osama hidup lagi kah?”. Anda akan dapat lihat yang kebanyakan perkara yang bermain di fikiran anda sebelum ini adalah perkara-perkara yang tidak relevan dan hanya membuatkan anda kurang produktif dalam menyelesaikan urusan harian dan masalah-masalah lain yang lebih penting. Perkara-perkara inilah sebenarnya yang menghalang anda untuk berfikir secara bijak.

6. Cukup Rehat & Tidur
Dengan memejamkan mata, atau memandang jauh ke arah kehijauan alam akan dapat memberi anda perasaan yang tenang. Tidur yang tidak cukup bermakna minda anda tidak mendapat rehat yang secukupnya. Sebab itu minda anda liar berfikir. Pejamkan mata untuk seketika di waktu rehat anda, atau keluar ambil angin dalam keadaan yang selesa dan positif.
7. Kurangkan menonton TV atau membaca akhbar di waktu pagi
Akhbar harian kita saban hari penuh dengan berita-berita yang menyanyat hati. Jenayah, kemalangan, bencana dan lain-lain boleh memberi tenaga yang negatif kepada kita. Jika anda mengamalkan tabiat membaca berita-berita ini di waktu anda bersarapan, anda akan bermula hari anda dengan pandangan yang negatif. Bangun pagi sahaja fikiran anda sudah berserabut. Elakkan atau tukar masa anda untuk membaca akhbar.
Menonton TV dengan berlebihan akan membuatkan fikiran anda menerawang jauh tentang perkara-perkara yang cuba disampaikan dalam rancangan yang anda tonton. Fokus anda kepada perkara yang lebih penting akan terjejas kerana anda mengizinkan info-info dan idea-idea baru ini masuk ke dalam minda anda. Kurangkan menonton TV.

8. Kembali Kepada Alam
Dalam kehidupan kota yang sibuk dan sesak, kita semua bergerak dengan pantas. Teknologi masa kini menjadikan kehidupan harian semakin laju. Mengembalikan diri kepada alam semulajadi akan dapat melambatkan waktu dan membolehkan anda hidup dalam waktu kini; Bukan hidup dalam waktu dahulu atau waktu hadapan, di mana anda terkejar-kejar dengan impian demi impian dan dilambatkan pula dengan kisah-kisah sedih dan sesalan demi sesalan tentang apa yang sudah pun berlaku.
Bawa keluarga anda mandi air terjun atau pergi memancing dengan rakan, dan waktu akan menjadi perlahan bagi anda. Bila waktu bergerak perlahan, anda akan dapat memberi fokus.
9. Lepaskan
Anda risau tentang sesuatu? Anda rasa tidak puas tentang apa yang telah anda lakukan? Rasa marah? Berdendam? Tertekan? Cara yang paling mudah untuk mengosongkan fikiran yang berserabut adalah dengan mengalah dan melepaskan.Jika ia soal cinta renungkan kata-kata ini “Lepaskan cintamu, jika dia kembali kepadamu, dia akan menjadi milikmu selamanya. Jika dia tidak kembali kepadamu, maka dia tidak akan pernah menjadi milikmu selamanya..”
Kita perlu menjadi seorang yang berjiwa mantap dan tegas dalam mengawal perasaan untuk membolehkan diri maju ke hadapan. Walaupun perasaan-perasaan ini adalah semulajadi, tetapi kebanyakannya adalah tidak menguntungkan. Fikirkanlah.

10. Kemas Ruang Anda
Tempat kerja atau kediaman anda perlu sentiasa berada dalam keadaan yang kemas. Mata kita sentiasa melihat, dan melihat keadaan yang tidak kemas sedikit-sebanyak akan mempengaruhi minda anda. Kita cuma tidak sedar akan hakikat ini. Ambillah tindakan dan inisiatif untuk mengemas dan anda pasti akan mendapat tenaga yang baru.

11. Berkongsi Masalah
Jangan simpan permasalahan anda. Jika anda mempunyai kekasih atau seseorang yang penting dalam hidup anda, berkongsilah masalah anda dengan mereka. Mendengar masalah orang lain juga dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah anda sendiri. Kadang-kadang kita tidak sedar tentang sesuatu yang lebih baik sebagai jalan penyelesaian. Dengarlah dan berbicaralah dengan hati dan minda yang terbuka.

12. Sedikit Lagi
Ingat lagi perkara-perkara yang anda tuliskan dalam langkah ketiga hingga langkah kelima? Buang separuh dari perkara-perkara ini.

13. Buat
Fikir dan buat. Jangan fikir dan terus berfikir. Buat perkara yang paling penting dan tidak mengambil masa yang lama terlebih dahulu. Jangan bertangguh!

P/S  : Jangan serabut, mungkin anda sedang rindu~

sumber